Page 48 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 48

3.2  BOLA JARING                                                                                 Diameter Tiang Gol
                                                                                                                        (65-100 mm)




                             Standard Kandungan



                           Melakukan kemahiran asas bola jaring dengan lakuan yang betul.



                           Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip
                           mekanik dalam kemahiran asas bola jaring.


                           Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa
                           melakukan aktiviti fizikal.


                           Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
                           semasa melakukan aktiviti fizikal.



                           Mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.




                 Bola jaring ialah satu permainan yang diubah suai daripada permainan bola keranjang
                 pada tahun 1897. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh
                 orang pemain bagi setiap pasukan, dengan peranan yang berbeza.  Setiap pemain hanya
                 boleh bergerak di gelanggang dalam kawasan tertentu.  Tujuan permainan ini adalah untuk
                 menjaringkan gol sebanyak yang boleh oleh penjaring gol yang dibenarkan dalam bulatan
                 gol menyerang. Satu perlawanan biasanya berlangsung sebanyak empat suku.  Setiap suku
                 mengambil masa  selama 15 minit. Pemenang ialah pasukan yang dapat menjaringkan
                 gol yang paling banyak. Permainan bola jaring dimainkan dalam kalangan wanita dan
                 amat popular di negara-negara Komanwel. Kebelakangan ini, bola jaring juga dimainkan
                 oleh  pasukan yang terdiri daripada campuran pemain lelaki dan perempuan  (mixed
                 netball), serta mendapat sambutan daripada kaum lelaki (men’s netball). Persatuan Bola
                 Jaring  Malaysia (PBJM) bertanggungjawab  untuk mengembang  dan mempromosikan
                 permainan bola jaring di Malaysia. Manakala di peringkat antarabangsa, permainan bola
                 jaring diuruskan oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International
                 Federation of  Netball  Associations, IFNA).  Seperti  permainan  bola sepak, IFNA  juga
                 menganjurkan kejohanan Piala Dunia empat tahun sekali.  Tahukah anda bilakah Piala
                 Dunia seterusnya diadakan dan di mana?





                40
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53