Page 50 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 50

Simpan Saya


                 Permainan bola jaring memerlukan kemahiran menghantar bola dan menerima
                 bola dari pelbagai arah dan aras. Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan agar bola
                 dapat diterima oleh rakan dengan tepat dan selamat. Jenis hantaran bergantung
                 kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.  Pemain harus belajar bila dan
                 ke mana untuk menghantar bola serta jenis hantaran yang sesuai digunakan. Antara
                 jenis hantaran yang boleh dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu,
                 hantaran atas kepala, hantaran lantun, dan hantaran sisi.
                   Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan. Dalam
                 situasi permainan, bola akan datang dari pelbagai arah dan aras. Bola boleh diterima
                 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan. Kemahiran
                 menerima yang tidak berkesan boleh menyebabkan ritma serangan tergendala dan
                 pihak lawan berpeluang memiliki bola semula.



                     Cara
                     Bermain
                                                                    Bilakah anda menerima
                                                                    bola dengan kedua-dua
                                                                   belah tangan atau sebelah
                                                                    tangan? Bagaimanakah
                 • Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil bertujuh.  anda menentukannya?
          Kategori Serangan
                     Cara
                 • Setiap kumpulan diberikan tiga biji bola.
                     Bermain
                 • Apabila wisel dibunyikan, murid yang mempunyai bola
         3
                  perlu menghantar bola kepada rakan sepasukan yang
                  berada di pelbagai arah. Pada masa yang sama, murid
                  yang tiada bola perlu memintas hantaran bola daripada
                  pihak lawan.
                 • Mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk
                     Cara
                  mendapatkan bola sebanyak yang mungkin dengan
                     Bermain
                  menggunakan pelbagai kemahiran menghantar dan
                  menerima bola.  Mereka tidak  dibenarkan  memegang
                  bola melebihi dari 3 saat, berlari dengan bola, atau
                  merampas bola daripada tangan pihak lawan.
                                                                                       Saya harus fokus dan
                     Cara                                                              mencari ruang kosong
                     Bermain                                                         untuk menerima bola dari
                                                                                       pelbagai arah dan aras.




                                      Nadi Ilmu
                     Cara       TOUCH
                                   Kemahiran menerima bola:
                     Bermain
                                 DOWN
                                   •
                                       Semasa menerima bola, mata berfokus pada bola.
                                   •   Tangan dihulurkan ke hadapan.
                                   •   Rapatkan tangan ke dada setelah menerima bola.
                         1.4.1, 1.4.2, 2.4.1, 2.4.2, 5.4.1
                42
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55