Page 7 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 7

Pendahuluan







                  Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1 ini dihasilkan
                  berteraskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Buku ini mengandungi
                  tujuh unit bagi Pendidikan Jasmani dan tiga unit bagi Pendidikan Kesihatan.

                       Buku teks ini mencakupi tiga domain utama iaitu domain psikomotor, domain
                  kognitif dan domain afektif dalam persembahan kandungannya bagi Pendidikan
                  Jasmani. Selain penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), buku ini juga
                  mengandungi elemen Kemahiran Abad Ke-21 dan juga Elemen Merentas Kurikulum.
                       Mata pelajaran Pendidikan Jasmani, lebih menekankan strategi pengajaran dan
                  pembelajaran yang berpusatkan pembelajaran berasaskan inkuiri dan berasaskan projek.
                  Selain itu, pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) turut dipraktikkan untuk
                  meningkatkan tahap keaktifan murid, penglibatan dalam aktiviti, motivasi dan keseronokan.

                       Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani standard kandungan diletakkan pada setiap
                  unit yang mencakupi ketiga-tiga domain. Ini adalah bagi memudahkan para guru dan
                  murid lebih memahami standard kandungan yang ingin dicapai dalam setiap unit.

                       Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan pula berbeza daripada mata pelajaran Pendidikan
                  Jasmani kerana mengandungi standard pembelajaran pada setiap halaman rangsangan
                  untuk setiap unit. Hal ini kerana, Pendidikan Kesihatan tidak mengandungi domain
                  penekanan pembelajaran yang khusus.

                       Penekanan pembelajaran Pendidikan Kesihatan adalah bertujuan untuk melahirkan
                  murid yang bukan sahaja sihat dari aspek fizikal, malah dari aspek mental, emosi, sosial dan
                  rohani.

                       Akhirnya, diharapkan agar buku ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru-guru
                  dan murid-murid. Semoga buku ini dapat mencapai kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
                  (KPM) untuk mencapai hasrat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).





















                                                                                                        v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12