Page 10 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 10

UNIT
                       1
















                               Standard Kandungan




                       Melakukan kemahiran lantunan dan layangan
                       di atas trampolin.


                      Menggunakan pengetahuan konsep pergerakan dan
                      prinsip mekanik semasa melakukan lantunan dan
                      layangan di atas trampolin.



                      Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
                      dan keselamatan.


                      Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
                      kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.




                 Trampolin adalah salah satu alat yang digunakan dalam gimnastik untuk membolehkan
                 murid membuat  lantunan pelbagai  bentuk  badan dan layangan di udara. Seorang
                 gimnas  boleh  melakukan pelbagai  aksi akrobatik dengan  menggunakan trampolin
                 semasa berada di udara. Kemahiran trampolin dapat membina pemasaan, koordinasi,
                 imbangan dan kawalan badan semasa di udara. Aktiviti lantunan dan layangan di atas
                 trampolin melibatkan bahagian kaki  berbanding  dengan kemahiran  gimnastik lain
                 yang memerlukan kekuatan bahagian tangan. Murid  yang tidak mempunyai kekuatan
                 tangan atau mempunyai berat badan berlebihan juga dapat melibatkan diri serta
                 mendapat  keseronokan daripada aktiviti  ini.  Tahukah anda bahawa trampolin juga
                 boleh  digunakan  sebagai  alat latihan untuk kemahiran  lain dalam gimnastik,  sukan
                 terjun dan sukan meluncur?





                 2
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15