Page 105 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 105
Apresiasi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
8.4.1 Mempamerkan hasil
Pada sesi Apresiasi Seni ini, produk seni yang dihasilkan oleh produk seni sulaman.
anda akan diperagakan di hadapan kelas. Hasil seni ini akan 8.4.2 Menghayati hasil
dinilai bersama-sama secara berkumpulan berdasarkan maklumat produk seni sulaman
yang diberi. sendiri dan rakan
Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa melakukan dengan menumpukan
penilaian, antaranya penilaian hendaklah dilakukan dari aspek pada aspek Bahasa
Bahasa Seni Visual. Anda boleh menerangkan pengalaman Seni Visual.
semasa melalui proses menghasilkan karya seni tersebut. 8.4.3 Menjelaskan
pengalaman sendiri
dalam penghasilan
produk seni sulaman.
Tumpu
Galeri
Tujuan: Menghasilkan produk seni sulaman dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif
dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual.
Bahan: Hasil karya Eksplorasi dan Ekspresi Seni.
Langkah:
1. Sediakan sudut pameran untuk mempamerkan produk seni sulaman yang dihasilkan.
2. Ketua kumpulan akan memberi penjelasan tentang hasil produk seni sulaman dari aspek
Bahasa Seni Visual.
3. Terangkan pengalaman dalam penghasilan produk tersebut.
4. Murid-murid lain perlu membuat pemerhatian terhadap produk seni sulaman yang
dipamerkan.
5. Catatkan hasil pemerhatian dalam artist book.
Nota Guru
Panduan membuat apresiasi
karya seni dari aspek:
• Pemilihan alatan dan
bahan.
• Penguasaan bahan dan
teknik yang dipilih.
• Bahasa Seni Visual yang
ditekankan.
Gambar foto 8.2 Murid mempamerkan hasil seni sulaman
97

