Page 101 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 101
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
8.2.1 Membuat
Pada bahagian Persepsi Seni, anda telah mempelajari tentang eksperimentasi
prinsip asas seni sulaman, jenis, alatan dan bahan serta dan penerokaan
teknik. Berdasarkan pengetahuan tersebut, anda dikehendaki alatan, bahan dan
melakukan aktiviti di bawah untuk mengukuhkan pemahaman teknik berdasarkan
terhadap prinsip asas seni sulaman. kefahaman terhadap
prinsip penghasilan
seni sulaman.
Aktiviti inkuiRi
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan terhadap seni sulaman melalui penggunaan alatan, bahan dan teknik.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Berpandukan rujukan seperti tayangan slaid, majalah dan risalah, anda dikehendaki
(a) Memilih salah satu jenis seni sulaman dan teknik penghasilannya.
(b) Mencatat alat, bahan dan proses
3. Menghasilkan seni sulaman dengan menggunakan alat, bahan dan teknik yang betul.
4. Mendokumentasikan dapatan dalam buku nota.
Jadual 8.1 Hasil eksperimentasi seni sulaman
Jenis Teknik Alat Bahan
Sulaman reben Jahitan jelujur • Ram pemidang • Reben
bunga carnation • Jarum tapestri • Benang jahit
5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan maklumat yang diperoleh.
6. Aplikasikan pengetahuan yang anda peroleh untuk menghasilkan seni sulaman dalam
Ekspresi Seni.
93

