Page 25 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 25

Lukisan yang terdapat pada dinding Gua
                                                         Merapoh, Pahang sukar untuk ditafsir. Lukisan
                                                         ini menggambarkan figura-figura lidi dalam
                                                         kedudukan yang aneh.


                                                         Gambar foto 2.3  Lukisan pada dinding
                                                                        Gua Merapoh, Pahang





             Pelukis dan Karya Pelukis Tempatan
             Negara kita mempunyai ramai tokoh terkenal dalam seni lukisan. Mereka bukan sahaja terkenal di
             dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Contoh pelukis terkenal tanah air ialah Abdullah
             Ariff, Saidin Yahya, Mohamed Hoessein Enas, Dzulkifli Buyong dan Datuk Lat.





                             Abdullah Ariff
                              •  Terkenal sebagai pelukis cat air,
                                 ilustrator dan pelukis komik.
                              •  Menghasilkan ilustrasi berbentuk
                                 kartun, contohnya 'The Long Arm
                                 Nippon', 1942 yang bertemakan
                                 pro-Jepun.
                              •  Lukisan beliau juga terdapat dalam
                                 buku Panduan Akal (1955) yang
                                 menjadi teks di sekolah-sekolah
                                 Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.     The Long Arm Nippon,
                                                                             1942, dakwat



                             Saidin Yahya
                              •  Pelukis komik dan ilustrator yang
                                 terkenal di Malaysia.
                              •  Lukisannya berpegang teguh kepada
                                 tradisi Melayu yang berasaskan prinsip
                                 moral dan unsur-unsur patriotik.
                              •  Tema dan penggunaan watak-watak
                                 komiknya membawa nilai kemelayuan
                                 dan tradisional.
                              •  Menghasilkan siri komik untuk Majalah
                                 Guru dengan judul 'Puteri Langkawi '
                                 antara tahun 1954 hingga 1956.
                              •  Unsur-unsur pendidikan terselit dalam
                                 setiap karyanya.                    Hang Tuah, 1954, pen dan dakwat


                                                                                                    17
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30