Page 26 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 26
Mohamed Hoessein Enas
• Karya-karya beliau banyak
memaparkan wajah-wajah yang
membawa mesej budaya melalui
penampilan pakaian dan kegiatan
sosial masyarakat Malaysia.
• Melukis menggunakan media pastel
dan arang.
• Bapa Potret Malaysia dan digelar juga
Pelukis Potret Diraja.
• Turut menghasilkan karya yang
menggambarkan masyarakat peribumi Gadis Menumbuk Padi,
Sarawak dan Sabah. 1958, arang dan pastel
Koleksi LPSVN
Dzulkifli Buyong
• Mendapat bimbingan daripada Patrick
Ng Kah Onn, seorang pelukis terkenal.
• Ahli Wednesday Art Group.
• Gemar menggunakan alam
kanak-kanak sebagai tema karyanya.
• Karya beliau menggunakan media
soft pastel.
• Beliau telah memenangi pelbagai
anugerah dan penghargaan sejak usia
16 tahun. Kelambu, 1964, soft pastel
Datuk Lat
• Datuk Mohammad Nor Khalid lebih
dikenali sebagai Lat, ialah pelukis
kartun Malaysia.
• Menerbitkan lebih daripada 20 jilid
kartun semenjak berusia 13 tahun.
• Hasil karyanya yang terkenal telah
dibukukan, iaitu Kampung Boy (1979)
dan diterbitkan di banyak negara.
• Kebanyakan karya beliau
menggambarkan suasana sosial dan
politik Malaysia secara satira.
• Teknik garisan beliau agak mencabar Kampung Boy, 1979, pen dakwat
dan artistik.
• Gemar menggunakan nib dan berus.
• Mendapat pengiktirafan daripada
kartunis luar negara seperti Matt
Groening dan Sergio Aragonēs.
Rajah 2.1 Contoh pelukis terkenal di negara ini
18

