Page 59 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 59
iMbAs sAyA
Contoh landskap 3D.
goo.gl/Uvsftu
Gambar foto 5.5 Pameran yang berkonsepkan landskap
Mulai tahun 1970-an, Reka Bentuk Landskap di Malaysia
lebih tersusun dan teratur. Kerajaan telah mewujudkan badan yang
bertanggungjawab untuk menguruskan hal berkaitan landskap seperti Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Landskap Negara (1 Januari 1996).
Penganjuran Putrajaya FLORIA, Pameran Orkid dan Bonsai Kuala Lumpur serta pertandingan
landskap adalah antara usaha untuk menyemarakkan kesedaran akan kepentingan landskap dalam
kehidupan rakyat Malaysia.
uba ?!
Prinsip Reka Bentuk Landskap C Fikirkan
Jenis Landskap Manakah yang lebih
penting, landskap lembut
Landskap boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu landskap lembut ataupun landskap kejur?
(softscape) dan landskap kejur (hardscape).
Landskap lembut merujuk kepada
elemen-elemen yang hidup termasuk bunga,
tumbuhan renek dan pokok. Tujuan landskap
lembut adalah untuk menjadikan landskap
kelihatan cantik, mewujudkan aura dan
mencerminkan perasaan penduduk.
Gambar foto 5.6 Contoh landskap lembut
Landskap kejur merujuk kepada
elemen-elemen keras atau objek bukan hidup
seperti kayu dan batu. Contoh landskap jenis
ini ialah laluan pejalan kaki, arca, air terjun
dan elemen fizikal lain.
Gambar foto 5.7 Contoh landskap kejur
51

