Page 60 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 60
Peranan dan Fungsi
Secara umumnya, landskap mempunyai beberapa peranan dan fungsi, iaitu estetik, ekonomi dan
fizikal. Berikut adalah huraian tentang peranan dan fungsi landskap.
Estetik Ekonomi Fizikal
• membentuk ruang yang • memberi faedah kepada • mengawal hakisan tanah
lebih menarik negara dan masyarakat dari • memberi perlindungan/teduhan
• mencantikkan pemandangan segi rekreasi, kesihatan, • menyejukkan iklim
• melembutkan persekitaran pendidikan dan pelancongan • mengawal pencemaran alam
• melembutkan pemandangan • sumber ilham kepada pengkarya • menjadi tirai/dinding
pada bangunan • sumber pendapatan kepada • mengarah pergerakan
• mengelakkan kebosanan pereka landskap • imbangan ekologi
Ruang lebih menarik Tarikan pelancong Mengawal hakisan
Mengelakkan kebosanan Sumber ilham Mengarah pergerakan
Rajah 5.1 Peranan dan fungsi landskap
Alat, Bahan dan Simbol Alat Simbol
dalam Penghasilan Pelan • Pensel teknikal
Reka Bentuk Landskap • Pen teknikal
Pelan Reka Bentuk • Pembaris Pokok Palma
• Pensel warna
Landskap dihasilkan dengan • Sesiku segi tiga
menggunakan alat, bahan • Sesiku T
dan simbol tertentu. Simbol • French curve
adalah elemen yang paling • Stensil huruf Rumput
penting dalam penghasilan • Templat seni bina
pelan Reka Bentuk Landskap.
Simbol landskap terbahagi Bahan
kepada dua, iaitu simbol • Kertas surih
landskap lembut dan simbol • Kertas lukisan Lantai dan dinding Pokok renek
landskap kejur.
Rajah 5.2 Alat, bahan dan simbol dalam pelan Reka Bentuk Landskap
Prinsip dan Elemen
Terdapat beberapa prinsip landskap, antaranya keringkasan, kesatuan, imbangan, penegasan, irama
dan kepelbagaian. Elemen landskap pula terdiri daripada topografi, tumbuhan, air dan struktur.
Prinsip dan elemen ini adalah asas sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.
52

