Page 7 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 7

PENDAHULUAN
               PENDAHULUAN












             Buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 ini disediakan
             berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
             (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
             Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Buku teks ini selaras
             dengan matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk
             melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran seni
             visual serta mampu menghayati nilai estetik bagi menyumbang
             kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara.
                  Buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 ini
             mencakupi lima bidang, iaitu Sejarah dan Apresiasi Seni
             Visual, Seni Halus, Reka Bentuk, Seni Kraf dan Komunikasi
             Visual. Buku ini juga memberi fokus kepada Kemahiran
             Abad ke-21 yang menerapkan kemahiran berfikir, kemahiran
             hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni.
                  Strategi  pembelajaran   secara  inkuiri  melalui
             aktiviti eksperimentasi, penerokaan dan perbincangan
             mampu  menginovasi idea dan pengetahuan baharu serta
             mengembangkan potensi diri setiap murid. Penerapan Elemen
             Merentas Kurikulum (EMK) diharap dapat mengukuhkan
             kemahiran  dan jati  diri agar  mampu menangani  cabaran
             semasa. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga
             diaplikasikan dalam buku ini untuk menggalakkan murid
             berfikir secara kritis dan kreatif.
                  Buku teks ini juga mengandungi animasi 3D. Panduan
             di muka surat (vi) disediakan bagi membantu guru dan
             murid mengakses animasi 3D tersebut. Ikon-ikon lain yang
             mengandungi maklumat tambahan juga turut disediakan bagi
             mengukuhkan pemahaman murid.

















                                                                                                    v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12