Page 12 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 12

Persepsi Seni                                                   Standard Pembelajaran
                                                                             Murid boleh:
                                                                             1.1.1  Menjelaskan seni
           Seni Ragam Hias                                                        ragam hias:
                                                                                  (i)  Pengangkutan
                                                                                  (ii)  Alat permainan
           Seni ragam hias atau ornamen ialah hiasan dalam seni kraf atau            rakyat
           karya seni. Seni ragam hias boleh diolah supaya rupa bentuknya         (iii)  Alat domestik
           menjadi pelbagai ragam. Kepelbagaian seni ragam hias biasanya
           khas untuk suatu unit budaya pada masa tertentu.



                                                                                   Tahukah Anda ?
                                                                              Perkataan ‘beca’ berasal
                                                                              daripada bahasa Hokkien
                                                                              ‘be chia’ yang bermaksud
                Kain pua           Ukiran kayu        Ukiran tembaga          ‘kereta kuda’.

                   Gambar foto 1.1  Contoh-contoh seni ragam hias
                 Seni ragam hias merupakan karya seni rupa yang diambil
           daripada motif flora, fauna, geometri,  awan larat dan  figuratif.
           Fokus seni ragam hias dalam tajuk ini menjurus kepada
           pengangkutan, alat permainan rakyat dan alat domestik.



           Seni Ragam Hias Pengangkutan

           Di negara kita, pengangkutan
           yang sering dikaitkan dengan seni
           ragam hias ialah pengangkutan
           tradisional seperti beca, kereta
           lembu dan perahu. Seni ragam
           hias pada beca dan kereta lembu
           biasanya terdapat pada bahagian
           kisi-kisi, belakang tempat duduk
           penumpang atau bawah letak
           kaki. Fungsi seni ragam hias ini                                            Kereta lembu
           adalah untuk memaparkan nilai
           estetik dan menarik perhatian.     Beca                         Ragam hias
                 Perahu  tradisional juga
           banyak dihiasi dengan seni ragam
           hias. Komponen perahu seperti         Gambar foto 1.2  Contoh beca dan kereta lembu
           badan, bangau, okok dan caping
           biasanya dihiasi dengan seni ragam hias. Perahu yang dikenali juga sebagai kolek atau sekoci dihiasi
           dengan pelbagai warna dan ukiran di bahagian kepala yang digelar koyan atau caping. Koyan ini
           digunakan untuk mengikat tali kemudi.


         4
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17