Page 84 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 84
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Murid boleh:
7.1.1 Memerihalkan sejarah
Sejarah Perkembangan Reka Bentuk Industri perkembangan reka
bentuk industri.
Perkembangan Reka Bentuk Industri berlaku sejajar dengan 7.1.2 Menjelaskan prinsip
reka bentuk industri
perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah pada penghujung dari aspek:
abad ke-18. Semasa revolusi ini, banyak ciptaan baharu telah (i) Bidang reka bentuk:
dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti pengangkutan, a. Reka bentuk
komunikasi, pertanian dan perusahaan. produk
b. Reka bentuk
perabot
c. Reka bentuk
automotif
(ii) Peranan dan fungsi
(iii) Prinsip dan elemen
(iv) Ergonomik
Gambar foto 7.1 Contoh ciptaan kesan Revolusi Perindustrian
Perkembangan Reka Bentuk Industri di Malaysia dapat
dikesan dengan pengenalan kursus Reka Bentuk Industri pada
tahun 1967 di Institut Teknologi MARA (kini UiTM). Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia
pula telah memperkenalkan bidang Reka Bentuk
Industri ini pada tahun 1980-an. Produk terkenal
hasil Reka Bentuk Industri di Malaysia ialah
kereta Proton Saga yang dilancarkan pada tahun
1985. Sejak itu, bidang Seni Reka Industri terus
berkembang maju. Penubuhan Majlis Rekabentuk
Malaysia (MRM) menunjukkan kepentingan industri
ini sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.
Gambar foto 7.2 Model kereta pertama
di Malaysia, Proton Saga
Prinsip Reka Bentuk Industri
Bidang Reka Bentuk Industri Kreativiti
dan Inovasi
Reka Bentuk Industri merupakan bidang yang terlibat dalam penghasilan
produk melalui proses reka bentuk dan pengeluaran. Kita akan mengkaji Pereka bentuk industri
tiga bidang Reka Bentuk Industri dalam tajuk ini, iaitu reka bentuk perlu kreatif dan berinovasi
produk, reka bentuk perabot dan reka bentuk automotif. dalam penghasilan produk.
76

