Page 86 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 86

Bentuk mengikut fungsi        Fungsi mengikut bentuk
                                                                                   Tahukah Anda ?
           Reka bentuk lebih memberi     Reka bentuk lebih memberi
           tumpuan kepada aspek fungsi   penekanan kepada aspek bentuk        Proses Reka Bentuk Industri:
           tanpa menekankan sudut        luaran dan nilai estetik produk tanpa   •  Mengenal pasti masalah.
           estetik, ergonomik            mengambil kira aspek fungsi yang     •  Mengumpul maklumat.
           dan kesesuaian reka           akan digabungkan dalam               •  Membuat kajian dan
           bentuk produk.                reka bentuk produk.                     penyelidikan.
                                                                              •  Membuat mock up.
                                                                              •  Membuat perbincangan
                                                                                 dan persembahan.
                                                                              •  Menyempurnakan reka
                                                                                 bentuk.
                                                                              •  Membuat prototaip.
                Rajah 7.1  Bentuk mengikut fungsi dan fungsi mengikut bentuk  •  Membuat promosi.

                 Reka Bentuk Industri juga berperanan dalam membangunkan ekonomi negara. Pelbagai
           sektor boleh diwujudkan melalui Reka Bentuk Industri yang mampu memangkin dan menjana
           ekonomi negara. Banyak peluang pekerjaan mampu ditawarkan dalam bidang ini.




           Prinsip dan Elemen
           Prinsip Reka Bentuk Industri merupakan satu gambaran tentang cara kita mengamati dan memproses
           maklumat visual bagi menghasilkan idea dan imej dalam bentuk 2D. Prinsip ini membantu pereka
           menggunakan elemen dan menjadikan imej visual lebih menarik. Elemen reka bentuk pula ialah
           elemen asas seni reka yang diaplikasikan dalam pelbagai unsur dan komposisi reka bentuk. Selain
           itu, faktor kreativiti dan ergonomik penting dalam menghasilkan reka bentuk sebelum barangan
           produk itu dapat dipasarkan.

                              Jadual 7.1  Contoh prinsip dan elemen Reka Bentuk Industri
            Prinsip dan elemen                             Penerangan

            Kesatuan            Menimbulkan kesan sepadu, lengkap dan memberi impak idea yang menyeluruh.
            Kontra dan penegasan  Menarik perhatian, memberi fokus dan mengelakkan kebosanan.
            Keseimbangan        Kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.
            Kepelbagaian        Memberi gaya, variasi, tenaga, idea berbeza dan daya tarikan dalam gubahan.
            Ruang               Penggunaan perspektif mengikut kesesuaian jarak dan kedudukan.



           Ergonomik
           Ergonomik ialah satu disiplin ilmu mengenai kebolehan, had dan ciri-ciri manusia yang berkaitan
           dengan reka bentuk. Ergonomik memainkan peranan penting dalam penghasilan produk agar dapat
           digunakan secara efisien  dan efektif. Aspek-aspek seperti keselamatan, keselesaan, kesesuaian,
           kemudahan  dalam  penjagaan  dan  pembaik  pulih  serta  ketahanan  perlu  dipertimbangkan  dalam
           penghasilan sesuatu produk.

        78
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91