Page 85 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 85

Reka Bentuk Produk
             Reka bentuk produk merangkumi
             perkakasan domestik, aksesori, peralatan
             elektrik dan sebagainya. Produk
             dengan reka bentuk yang menarik, baik
             dan berfungsi akan menjadi pilihan
             pengguna selain daripada faktor harga.


                                                      Gambar foto 7.3  Contoh-contoh reka bentuk produk



                                                                    Reka Bentuk Perabot
                                                                    Reka bentuk perabot meliputi
                                                                    rekaan perabot kontemporari
                                                                    dan moden, seperti reka bentuk
                                                                    meja, kerusi, katil, kabinet, rak
                                                                    dan almari. Reka bentuk perabot
                                                                    yang baik akan menyumbang ke
                                                                    arah pengurangan kos, bahan dan
                                                                    penjimatan ruang.

                  Gambar foto 7.4  Contoh-contoh reka bentuk perabot



             Reka Bentuk Automotif
             Reka bentuk automotif melibatkan reka bentuk
             styling dan konsep kenderaan darat, udara dan
             laut seperti motosikal, kereta, jet, kapal laut
             dan bot. Penampilan reka bentuk automotif
             yang menarik akan menampakkan kehebatan
             produk kerana ia sebahagian daripada reka
             bentuk. Penyesuaian produk dengan keadaan
             fizikal dan mental pengguna juga diambil kira
             sebagai faktor kemanusiaan dan ergonomik.
             Gabungan  teknologi mampu  menonjolkan
             kreativiti dan imaginasi pereka.


                                                      Gambar foto 7.5  Contoh-contoh reka bentuk automotif




             Peranan dan Fungsi
             Peranan Reka Bentuk Industri sangat penting. Ini kerana faktor reka bentuk berkait rapat dengan
             fungsi produk bagi memenuhi keselesaan dan keperluan harian manusia. Penentuan Reka Bentuk
             Industri berdasarkan kepada bentuk mengikut fungsi dan fungsi mengikut bentuk.
                                                                                                    77
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90