Page 90 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 90

Apresiasi Seni                                                  Standard Pembelajaran
                                                                             Murid boleh:
                                                                             7.4.1  Mempamerkan hasil
           Pada bahagian Apresiasi Seni ini, setiap hasil perbincangan atau       produk seni.
           hasil karya akan dipamerkan. Hasil dapatan masing-masing akan     7.4.2  Menghayati hasil
           diterangkan dalam Tumpu Galeri. Anda boleh menggunakan                 produk seni sendiri
           panduan soalan seperti berikut:                                        dan rakan dengan
               (a)  Apakah reka bentuk produk yang anda hasilkan?                 menumpukan pada
                                                                                  aspek Bahasa Seni
               (b)  Mengapakah anda menghasilkan produk tersebut?                 Visual.
               (c)  Bagaimanakah anda menghasilkan produk tersebut?          7.4.3  Menjelaskan
               (d)  Apakah manfaat yang diperoleh daripada produk tersebut?       pengalaman sendiri
                                                                                  dalam penghasilan
                                                                                  produk seni.

                     Tumpu
                        Galeri



           Tujuan: Menghasilkan produk seni Reka Bentuk Industri dengan menggunakan idea sendiri
                   secara kreatif dan inovatif serta membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual.

           Bahan: Produk seni yang dihasilkan dalam aktiviti Ekspresi Seni.


           Langkah:
           1.  Lekatkan reka bentuk produk yang telah siap di hadapan kelas.
           2.  Wakil setiap kumpulan perlu menerangkan dengan jelas produk yang
               dipamerkan dalam masa tiga minit.
           3.  Lakukan proses ini sehingga kesemua produk telah dilihat dan diterangkan.
           4.  Pembentangan anda hendaklah dilakukan secara mudah, ringkas dan tepat.




           Nota Guru
            Panduan membuat apresiasi
            karya seni dari aspek:
            •  Kesesuaian tajuk dan
              konsep.
            •  Kesesuaian media,
              teknik dan prinsip yang
              digunakan.
            •  Penerangan kepada pilihan
              reka bentuk persembahan.






                                                     Gambar foto 7.6  Sesi Apresiasi Seni


        82
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95