Page 97 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 97

Seni sulaman memerlukan alatan dan bahan yang sesuai              Tahukah Anda ?
             untuk menghasilkan seni sulaman yang cantik dan menarik.
             Penggunaan alatan dan bahan ini mampu menghasilkan seni            Ram pemidang digunakan
             sulaman yang eksklusif dan kontemporari. Berikut ialah alatan      untuk menegangkan kain.
             dan bahan asas dalam seni sulaman.                                 Ram kayu untuk sulaman
                                                                                bersaiz besar dan ram
             1                 3                    9                           getah untuk sulaman
                                                                                bersaiz kecil.
                    2

                                                                           Alatan dan bahan seni sulaman:
                4                                                          1.  Jarum tapestri dan
                                                                              jarum jahit
                                                                           2.  Pencucuk jarum
               5                                 10                           (Needle threader)
             6                                                             3.  Manik
                                                                           4.  Benang sulam/jahit
                                                                           5.  Pen fabrik
                                                                           6.  Alat penebuk kain
                7
                                                                           7.  Gunting besar/kecil
                                                                           8.  Kain baldu (velvet)
                                                 11                           dan satin
                                 8                                         9.  Ram pemidang
                                                                           10. Reben pelbagai warna
                                                                           11. Mesin jahit sulam

                              Rajah 8.3  Alatan dan bahan asas dalam seni sulaman tangan dan mesin


             Teknik Seni Sulaman

             Terdapat pelbagai teknik untuk menghasilkan seni sulaman. Teknik-teknik ini dapat menghasilkan
             pelbagai sulaman bunga. Contohnya, bunga sakura, bunga ros dan bunga carnation. Seni sulaman
             ini boleh dihasilkan secara sulaman datar, sulaman timbul atau sulaman kerawang.
                       Bullion                    Ribbon Stitch                 French Knots






                           Bunga sakura                 Bunga matahari                Bunga lavender

                      Lazy Daisy                  Jahitan jelujur               Chain Stitch






                            Bunga kekwa                 Bunga carnation                  Batang
                                  Rajah 8.4  Teknik-teknik menghasilkan seni sulaman
                                                                                                    89
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102