Page 3 - E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 SEKOLAH RENDAH
P. 3
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Salam Sejahtera
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16, Katakan Ya kepada 10 Terbaik.
Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita telah berjaya menghasilkan e-kompilasi RPT sekolah rendah ini.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku urus setia atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi ini.
Sepanjang pelaksanaan PdPR yang bermula pada tahun lalu, saya terpanggil untuk membantu semua pihak yang
terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini agar dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin mengikut
norma dan normal baharu. Di antara penekanan yang penting dalam memenuhi keperluan ini adalah melalui
perancangan yang rapi serta pelaksanaan PdP seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0. Sehubungan dengan itu,
perlu ada bantuan yang diberikan kepada barisan hadapan dalam pelaksanaan PdPR ini dan e-kompilasi RPT ini boleh menjadi sebahagian
daripada sokongan JPN kepada pihak sekolah dan ibu bapa.
Di antara objektif utama kewujudan e-kompilasi ini adalah agar ibu bapa dan murid dapat mengetahui bidang yang akan dipelajari dalam tahun
ini serta perkembangan pembelajaran anak mereka. Selain daripada itu, melalui e-kompilasi ini juga, guru mendapat contoh RPT terbaik
khususnya bagi guru-guru baharu yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan PdP yang berkesan. Di samping itu juga, penerbitan e-
kompilasi ini juga dapat membantu barisan Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mengetahui status sama ada guru mereka
mengajar mengikut sukatan pelajaran semasa penyemakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan penyeliaan PdP.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar penerbitan e-kompilasi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan
kualiti pendidikan di Negeri Sabah.
YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

