Page 5 - E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 SEKOLAH RENDAH
P. 5

DARI MEJA EDITOR






               Alhamdulillah, tahniah atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Sekalung penghargaan kepada YBhg Datuk Dr. Mistirine binti Radin,
               Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah mencetuskan idea untuk penghasilan e- kompilasi RPT ini.

               E-kompilasi RPT ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada guru-guru untuk menyediakan            RPT yang menepati kehendak Dokumen
               Penjajaran Kurikulum 2.0. Perkara ini bukan sahaja baharu kepada guru-guru novis, tetapi juga kepada semua guru lama dan baharu. Ini kerana
               semua guru tidak mempunyai pengalaman dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


               Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan urus setia telah menyahut cabaran YBhg Datuk Pengarah untuk mengumpul RPT
               prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.


               E-kompilasi RPT ini adalah untuk kegunaan guru-guru. Walau bagaimanapun, ibu bapa juga dapat menggunakannya sebagai rujukan bagi
               memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti PdP yang dilaksanakan serta memantau perkembangan pembelajaran mereka.


               Bagi memudahkan rujukan , warna yang berlainan telah digunakan untuk membezakan kandungannya iaitu warna merah bagi sisipan kandungan,
               warna biru bagi program sekolah, warna hijau bagi ujian dan warna kuning bagi cuti persekolahan dan cuti umum.


               Diharapkan agar e-kompilasi RPT yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan murid.









               Sidang Editor
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10