Page 4 - E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 SEKOLAH RENDAH
P. 4
PRAKATA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan keizinan-Nya, e-kompilasi RPT ini berjaya dihasilkan. Panel penulis
RPT ini adalah terdiri daripada guru-guru sekolah dalam Kumpulan Pemikir JPN Sabah.
Sesungguhnya pandemik COVID-19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2020.
Inilah masa yang cukup mencabar bagi warga pendidik di Malaysia dan dunia amnya. Sesi pembelajaran secara
bersemuka telah diganti dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Oleh yang demikian, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah telah berusaha menghasilkan e-kompilasi RPT untuk membantu guru melaksanakan PdPR yang
terancang dan memenuhi Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pada tahun 2021. Dokumen ini boleh digunakan walaupun sesi pembelajaran
secara bersemuka dilaksanakan.
Oleh itu, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan yang
besar dalam menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan e-kompilasi RPT ini. Di samping itu kepada ibu bapa
yang prihatin dengan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka boleh merujuk dokumen ini untuk sama-sama berganding bahu dengan sekolah
dalam melonjakkan kualiti pendidikan di Negeri Sabah.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga Pendidikan. Marilah kita terus bersama-sama menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.
“SPb, Berfokus dan Berimpak Tinggi”
Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

