Page 11 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 11
Latihan 2
Cerakinkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dari stuktur
asalnya.
1. Jika kamu mengantuk, tidurlah di atas katil ini.
1a) Kamu mengantuk.
1b) Kamu tidurlah di atas katil ini.
2. Beliau ialah guru muzik berpengalaman kerana telah berkhidmat hampir 35 tahun.
2a) Beliau ialah guru muzik berpengalaman
2b) Beliau telah berkhidmat hempir 35 tahun.
3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara umpama ke bukit sama di daki ke
lurah sama dituruni.
3a) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
3b) Kita hendaklah ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni.
4. Kakak amat gambira kerana kami akan menziarahinya pada hujung minggu ini.
4a) Kakak amat gembira.
4b) Kami akan menziarhinya pada hujung minggu ini.
5. Sekiranya saya menang dalam pertandingan itu, saya akan dihadiahkan sebuah basikal oleh ayah saya.
5a) Saya menang dalam pertanding itu.
5b) Saya akan dihadiahkan sebuah basikal oleh ayah saya.
6. Lelaki yang memakai baju kemeja biru itu ayah saya.
6a) Lelaki itu memakai baju kemeja biru.
6b) Lelaki itu ayah saya.
9

