Page 13 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 13
Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat-ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai hadiah hari lahir atau
sebagai ganjaran. (2) Pemberian ini bertujuan untuk memberikan perangsang dan galakan kepada anak-
anak supaya mereka akan terus berusaha. Walau bagaimanapun, tidak banyak ibu bapa yang memantau
pengguaan peranti itu selepas memberikannya kepada anak-anak. Tahukah mereka bahawa penggunaan
telefon pintar tanpa pemantauan akan mendatangkan kesan negatif kepada anak-anak?
( 6 markah)
Jawapan:
1. a) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai hadiah hari jadi.
b) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai ganjaran.
2. a) Pemberian itu bertujuan (sesuatu).
b)Pemberian itu bertujuan untuk memberikan perangsang kepada anak-anak.
c) pemberian itu bertujuan untuk memberika galakan kepada anak-anak.
d) Anak-anak akan terus berusaha.
Latihan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal tanpa
mengubah maksud asalnya.
(1) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta bagi pembangunan e-sukan. (2) Keprihatinan pihak Swasta
terhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan bahawa sukan tersebut mempunyai potensi untuk
memartabatkan nama negara pada persada antaranbangsa. (3) Peruntukan tersebut dapat digunakan
bagi merangka persiapan para atlet.
( 6 markah)
Jawapan:
1a) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta.
1b) Pihak Swasta menyumbang bagi pembangunan e-sukan.
2a) Keprihatinan pihak swasta terhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan (sesuatu).
2b) Sukan tersebut mempunyai potensi.
2c)Sukan memartabatkan nama negara pada persada antarabangsa.
2d)Peruntukan tersebut dapat digunakan.
2e) Peruntukan tersebut merangka persiaan para atlet.
11

