Page 25 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 25

MODUL PDPR BAHASA MELAYU

                                                    TINGKATAN 5 2021


                                         SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA

                                                        MORFOLOGI

               SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5
               SUBJEK : BAHASA MELAYU
               TAJUK : MORFOLOGI
               TARIKH:01/03/2021 SEHINGGA 12/03/2021

               NOTA BERKAITAN TAJUK : Kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu
                                                              bahasa,termasuk infleksi,terbitan dan pemajmukan.
               STANDARD KANDUNGAN :5.2 : Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai
                                                                     dalam pelbagai bidang.
               STANDARD PEMBELAJARAN 5.2.1 : Memahami dan menggunakan golongan kata dalam
                                                                    pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

               OBJEKTIF
               PEMBELAJARAN :   1] Pelajar dapat menjelaskan jenis-jenis kata kerja.
                                         2] pelajar dapat menjelaskan jenis-jenis kata bantu


               KATA KERJA

               Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
               perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

                   •  Kata kerja transitif
                       Contoh
                       Ahmad membaca buku cerita  di perpustakaan .

                   •  Kata kerja tak transitif
                       contoh
                       Adik berlari-lari di padang










                                                             23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30