Page 29 - MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
P. 29

2.      Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
                       Contoh ayat:
                       Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
                       Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

               3.      Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
                       Contoh ayat:
                       Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
                       Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

               4.      Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
                       Contoh ayat:
                       Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
                       Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)

               5.      Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
                       Contoh ayat:
                       Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
                       Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)

               6.      Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
                       Contoh ayat:
                       Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
                       Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

               KATA BANTU

               Kata bantu  ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan
               frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam
               dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan  kepada dua kumpulan iaitu kata bantu
               aspek dan kata bantu ragam.

               (i)     Kata  bantu  aspek  menimbulkan  suasana  perbezaan  masa  iaitu  sama  ada  masa
               lampau,  masa  ini  (kini) atau  masa  hadapan.  Bentuk-bentuk kata  bantu aspek  yang dominan
               dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih,
               akan, mula dan belum.


                                                    Kata Bantu Aspek
                        Masa lampau                   Masa ini (kini)                Masa hadapan
                                                                                          akan
                                                                                          belum





                                                             27
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34