Page 12 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 12
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
1.5 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PBL DAN PROJEK MUDAH
SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Boleh dijalankan secara individu dengan dibantu oleh ahli keluarga di rumah
atau berkumpulan.
Adalah digalakkan untuk dijalankan secara individu bersama ahli keluarga
sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan oleh MKN.
Hasil projek boleh dalam pelbagai bentuk seperti laporan, artifak, buku
skrap, video, persembahan multimedia dan lain-lain yang bersesuaian.
Secara luar talian atau dalam talian.
Hasil projek boleh dibentangkan oleh murid kepada guru selepas tamat
tempoh PKP dan selepas pihak kementerian menerima arahan oleh MKN
untuk membenarkan guru dan murid kembali ke sekolah seperti biasa
Bagi guru yang ingin membuat PBL atau projek mudah secara dalam talian,
guru berkenaan perlu memahami cara menggunakan aplikasi yang sesuai.
CONTOH RUBRIK PEMARKAHAN (PENILAIAN GURU)
Rujuk panduan yang telah disediakan oleh JPN Sabah:
GARIS PANDUAN PBL VERSI PKP
https://online.anyflip.com/bcmeq/koxj/mobile/index.html
12

