Page 7 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 7

KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2







                                    KATA ALU- ALUAN


                                    Dr. Mistirine Radin
                                    Pengarah Pendidikan Negeri Sabah


               Salam sejahtera kepada semua pendidik dan murid di negeri Sabah.
               Sabah Hebat, Katakan Tidak Kepada Nombor 16! Katakan Tidak Kepada MTM 0%!



               Sebelum ini, e-Buku Versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jilid 1 yang mengandungi
               maklumat  asas  dan  kompilasi  bahan  Pembelajaran  Berasaskan  Projek  (Project-Based
               Learning – PBL) telah dilancarkan pada 27 April 2020. Penerbitan e-Buku Versi PKP Jilid 1
               tersebut telah memberi panduan asas kepada guru dan murid merancang dan melaksanakan
               PBL di peringkat sekolah masing-masing.

               e-Buku  kompilasi  PBL  Versi  PKP  Jilid  2  ini  merupakan  kesinambungan  daripada  projek
               penerbitan e-Buku Jilid 1. Kompilasi PBL Versi PKP Jilid 2 memasukkan beberapa produk
               PBL yang berjaya dihasilkan oleh murid sepanjang tempoh PKP. Sehingga pertengahan Mei
               2020, pautan google form PBL Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), hampir empat ribu
               hasil PBL telah dimuat naik. Hal ini menunjukkan bahawa PBL disambut baik oleh guru dan
               murid, serta ibu bapa dan ahli keluarga yang telah berperanan sebagai pembantu guru dalam
               membimbing anak-anak mereka sepanjang tempoh PKP. Kejayaan ini turut memperlihatkan
               wujudnya  kerjasama  erat  dalam  memastikan  tiada  murid  tercicir  dalam  pembelajaran
               sepanjang tempoh PKP ini. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua penulis
               bahan PBL dan murid-murid yang telah berjaya menghantar produk.

               PBL yang merupakan alternatif kaedah pembelajaran semasa PKP ini mampu menggalakkan
               pembelajaran yang lebih mendalam mengenai sesuatu tajuk. Selain itu, memberi pendedahan
               kepada murid berkaitan dunia sebenar; membuka minda murid ke arah tujuan dan matlamat
               hidup; melibatkan fizikal, minda dan emosi murid secara aktif; membekalkan murid dengan
               kemahiran  abad  ke-21;  membina  hubungan  positif  antara  guru,  murid,  ibu  bapa  dan  ahli
               keluarga; dan melahirkan murid yang berkemahiran menggunakan teknologi serta kreativiti
               sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

               Saya berharap agar PBL terus lestari sebagai salah satu medium PdP guru dan murid dan e-
               Buku ini boleh dijadikan panduan untuk melaksanakan PBL.







               31 Mei 2020


                                                                                                         7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12