Page 8 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 8
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
SETINTA KATA
Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh
Salam Sabah HEBAT, Katakan Tidak Kepada Nombor 16!
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita masih berupaya
untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan komited. Hal ini
dibuktikan melalui penghasilan e-Book PBL Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jilid ke-2.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama, memberikan
komitmen tinggi serta menyokong usaha JPN Sabah dalam memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran terus berjalan walaupun negara sedang berada tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua guru yang telah
menyumbangkan hasil aktiviti PdP yang menggunakan kaedah Project Based Learning. Di
sebalik kekangan serta cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh ini, usaha berterusan guru-
guru demi memastikan pelajaran anak murid tidak terabai amatlah dipuji. Di samping itu,
sokongan berterusan para ibu bapa juga amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Disertai
dengan kesungguhan ibu bapa yang membimbing anak-anak di rumah, akhirnya menjadikan
PBL versi PKPB ini lebih bermakna kerana dilakukan bersama keluarga di rumah.
Tidak dilupakan kepada pasukan sidang editor yang telah bertungkus-lumus mengedit dan
memurnikan hasilan PBL murid untuk dimuatkan dalam edisi kali ini. Syabas dan tahniah saya
ucapkan. Akhir kata, saya berharap selepas ini PBL akan dijadikan sebagai kaedah pilihan
guru dalam aktiviti PdP memandangkan pelaksanaan aktiviti ini memfokuskan kepada
kelestarian konsep amalan bersesuaian dengan perkembangan dan amalan pembelajaran
abad ke-21. Semoga melalui usaha ini pedagogi PBL akan menjadi budaya dalam kalangan
guru di Sabah ke arah kemenjadian murid.
Sekian dan selamat maju jaya.
30 Mei 2020
8

