Page 391 - KOMPILASI PBL (Versi PKP) JILID 2
P. 391
KOMPILASI PBL VERSI PKP JILID 2
e) Semua garam sulfat tidak dapat diuraikan oleh haba
kecuali Ferum(II) Sulfat, Zink Sulfat, Kuprum(II)
Sulfat dan Ferum(III) Sulfat. Masing-masing akan
membebaskan gas sulfur trioksida dan oksida
logamnya.
f) Semua garam klorida tidak terurai oleh haba kecuali
ammonia klorida. Hasilnya ialah gas ammonia dan gas
HCl.
4. Semua jenis garam dapat dibezakan melalui
keterlarutannya dalam air dan melalui tindak balas
terhadap haba, ujian pengesahan gas dan ujian
pengesahan anion dan kation.
5. Peranan terbesar garam dalam sektor
industri di negara kita ialah dalam sektor pertanian
iaitu dalam pemprosesan baja.
6. Jenis garam yang berbeza mempunyai peranan yang
berbeza dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
garam ammonium fosfat digunakan sebagai baja
dalam sektor pertanian. Garam natrium bikarbonat
digunakan sebagai agen penaik adunan roti atau kek.
Garam kalium manganate (VII) digunakan dalam
sektor perubatan sebagai antiseptik manakala dalam
sektor perindustrian, garam argentum bromida
digunakan untuk membuat filem dan kertas fotografi.
7. Saya telah mempelajari tentang maksud garam, jenis-
jenis garam, sifat fizik dan sifat kimia garam, peranan
garam dalam sektor industri dan seterusnya peranan
garam dalam kehidupan seharian.
Proses Pembelajaran
FASA 1: Murid diberi tugasan, tajuk dan panduan oleh guru
Minggu 1 - Perancangan mata pelajaran.
23 – 26 April 2020
391

