Page 26 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 26

AKTIVITI 2

                                           (SOALAN PEMAHAMAN)



                                        MINGGU 17 (26-30 OKTOBER 2020)

                 Hari                       Selasa
                 Tarikh                     27 Oktober 2020
                 Tema/Tajuk                 Berkat Hidup Sepakat
                 Standard Kandungan         2.3
                                            Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,
                                            sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
                 Standard                   2.3.1
                 Pembelajaran               Membaca sesuatu bahan yang mengandungi pelbagai jenis
                                            ayat dan ragam ayat secara mekanis.
                 Objektif Pembelajaran  Murid dapat membaca dan menjawab soalan petikan dengan
                                            betul.


                  Nota:
                  1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
                 2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
                 3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
                 4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada
                 yang sempurna.

                  Contoh :
                                subjek                                     predikat
                  1. Azlan                              murid
                  2. Ayah Azlan                         menyapu sampah.
                  3. Azlan, Lim dan Raju                menyusuri kawasan dusun
                 4. Lim dan Raju                        makan durian
                 5. Kera itu                            bergayutan di atas pokok.

                 Ragam Ayat
                 1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
                                          (a) ayat penyata;
                                          (b) ayat tanya;
                                          (c) ayat perintah;
                                          (d) ayat seruan.




                                                                                                            18
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31