Page 29 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 29
AKTIVITI 3
(SOALAN PENULISAN)
MINGGU 17 (26-30 OKTOBER 2020)
Hari Rabu
Tarikh 28 Oktober 2020
Tema/Tajuk Berkat Hidup Sepakat
Standard Kandungan 3.7
Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre
dengan betul.
Standard 3.7.2
Pembelajaran Menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif dengan
menarik .
Objektif Pembelajaran Murid dapat menghasilkan karangan deskriptif dengan
menarik.
Nota
Ciri-ciri Karangan Deskriptif:
Karangan deskriptif merupakan sebuah karangan yang menunjukkan suatu
objek atau kejadian yang sangat jelas sehingga seolah-olah pembaca dapat
merasakan, melihat atau mengalami sendiri hal yang dibahas dalam karangan.
Karangan dibuat dengan metod yang subjektif, dan realistic. Marahimin (1994).
:
Latihan 3: (Menulis Karangan Deskriptif)
Bahagian c
25 markah
Masa dicadangkan : 35 minit
Soalan:
Tuliskan sebuah peristiwa tentang sambutan Hari Malaysia pada 16 September
di sekolah anda yang tidak boleh dilupakan. Jelaskan pengalaman dan perasaan
kamu.
21

