Page 27 - MODUL CAKNA BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
P. 27

Latihan 2: (Membaca dan menjawab soalan petikan)

               Baca petikan di bawah.Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.



                  Keadaan di dusun sungguh redup. Kelihatan kera-kera bergayutan di atas pokok
                  durian di hujung sana. Suasana riuh-rendah.


                  "Ini dusun ayahmu, Azlan?" tanya Lim dan Raju serentak.
                  "Dusun ayahku?" ulang Azlan geli hati dengan pertanyaan kawannya itu. Lim dan

                  Raju tercengang melihat gelagat Azlan sebegitu.


                  "Kalaulah ini dusun ayahku tentu hidup kami senang, tidak seperti sekarang" Azlan
                  bersuara setelah gelagatnya menghairankan kawan-kawannya tadi.


                  "Dusun buah-buahan ini kepunyaan datuk aku. Dusun ini akan dikongsi dengan tiga

                  orang  adik-beradik ayah  sekiranya  datuk  aku  meninggal.  Ini adalah  wasiat  datuk
                  kepada ayah," jelas Azlan kepada Lim dan Raju.


                  "Kau kata di sini ada sungai dan air terjun, mari kita ke sana," getus Lim tiba-tiba.
                  "Oh ya, baru aku ingat! Terlupa pula aku telah berjanji nak bawa kamu berdua ke

                  sana," ujar Azlan.

                  "Tempat itu sebenarnya tidak jauh dari sini, di hujung dusun sana sahaja, tapi ..."

                  "Apa lagi kau ni Lan bertapi-tapi, marilah kita ke sana. Aku sudah tak sabar-sabar

                  lagi," kata Lim.

                  "Sabarlah Lim, kan kau berdua masih penat. Kita pergi petang nanti," jelas Azlan.

                  "Kenapa tidak boleh pergi sekarang?" soal Lim agak mendesak.

                  "Baiklah kalau macam tu, aku boleh bawakan," kata Azlan.

                  Mereka  menyusuri  kawasan  dusun  melalui  denai-denai  yang  dibuat  oleh  datuk

                  Azlan. Dalam perjalanan itu, Lim dan Raju berasa sungguh gembira kerana inilah
                  kali pertama mereka memasuki kawasan dusun buah-buahan. Bagi Lim, keindahan

                  dusun  datuk  Azlan  sungguh  berbeza  dengan  ladang  kelapa  sawit  kepunyaan
                  ayahnya. Kali  ini dia memang sungguh bertuah.



                                                                                                           19
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32