Page 113 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 113

Pemulihan

                  Susun dan tulis ayat dalam bentuk perenggan.

                    Mesej Baharu

                    Daripada : zakaria92@gmail.com

                    Kepada : laurent94@yahoo.com

                    Perkara : Perpaduan Rakyat Malaysia


                    Apa khabar‚ sahabatku? Terima kasih atas kiriman surat tempoh hari.
                    Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara tentang pentingnya
                    perpaduan.


                    •  Hal ini dapat dicapai kerana kami amat mementingkan perpaduan
                       kaum.
                    •  Negara saya terdiri daripada pelbagai kaum.
                    •  Walaupun berbeza budaya dan agama, kami hidup aman dan harmoni.
                    •  Ada kaum Melayu, Cina dan India.




                  Pengayaan


                  Bina dan tulis perenggan dengan menggunakan maklumat daripada
                  pernyataan.


                  Perpaduan kaum dalam kalangan murid di sekolah perlu dipupuk. Program
                  seperti Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) amat penting
                  kerana dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang
                  bangsa, etnik, budaya dan agama.


                  Tugasan:
                  1.  Cadangkan aktiviti yang dapat memupuk perpaduan murid pelbagai
                      kaum di sekolah.
                  2.  Jelaskan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti yang dicadangkan.
                  3.  Bincangkan kepentingan memupuk perpaduan kaum di negara kita.






                 88
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118