Page 108 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 108
UNIT 1 5 Perpaduan Memajukan Negara
Mendengar dan Bertutur
Rahsia Kejayaan Negara
Encik Laurent warganegara Perancis. Beliau berkunjung ke Malaysia kerana
mahu meninjau peluang perniagaan. Beliau merupakan sahabat baik
Encik Zakaria, ayah Amar. Semasa berada di Malaysia, beliau dipelawa oleh
Encik Zakaria ke rumahnya. Amar berkesempatan berbual dengan Encik Laurent.
Amar : Selamat datang ke Malaysia. Encik berasal dari mana?
Encik Laurent : .
Amar : Apakah tujuan encik datang ke Malaysia?
Encik Laurent : .
Amar : Mengapakah encik bercadang untuk berniaga di Malaysia?
Encik Laurent : . Apakah rahsia kejayaan negara ini?
Amar : Negara ini maju kerana rakyat Malaysia hidup bersatu padu.
Kami mengamalkan sifat yang terpuji.
Encik Laurent : Apakah sifat yang terpuji tersebut?
Amar : .
Encik Laurent : Bagaimanakah sifat yang terpuji dapat dipupuk dalam diri
rakyat Malaysia?
Amar : .
Aktiviti
Memberikan respons terhadap ayat tanya dengan betulnya.
Murid mendengar dan memahami ayat tanya.
83
1.3.2
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik

