Page 109 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 109

Membaca


                         Perpaduan Menjanakan Pelaburan

                   Encik  Laurent  telah  dibawa  oleh  Encik  Zakaria
                   menyaksikan  perarakan  Citrawarna  Malaysia.
                   Perarakan  yang  gilang-gemilang  itu  diadakan
                   di Dataran Merdeka‚ Kuala Lumpur.
                        Perarakan  tersebut  telah  berjaya  menarik
                    kunjungan  ribuan  penonton.  Mereka  terdiri
                    daripada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa

                    serta pelancong asing.
                         Menerusi acara tersebut‚ Encik Laurent dapat
                    melihat  keutuhan  perpaduan  rakyat  Malaysia.
                    Semangat kerjasama dan sikap toleransi begitu
                    terserlah dalam diri para peserta. Tanpa mengira
                    perbezaan  budaya  dan  agama‚  mereka  telah
                     bersepakat  untuk  menjayakan  acara  tersebut
                     sehingga  selesai.  Mereka  bersatu  hati  dan
                     berganding bahu untuk menjayakan perarakan

                     tersebut.
                          Sepanjang berada di Malaysia, Encik Laurent
                     berasa  sungguh  gembira.  Penduduk  Malaysia
                     ramah-tamah dan berbudi bahasa. Tidak timbul
                     sedikit pun rasa bimbang dalam hatinya kerana

                      negara Malaysia aman sejahtera.
                           Encik  Laurent  juga  berasa  amat  kagum.
                      Perpaduan  kaum  yang  utuh  mewujudkan
                      suasana  harmoni.  Keharmonian  amat  penting
                      dalam usaha memajukan negara. Bagi golongan
                      pelabur sepertinya, beliau akan sentiasa berhati-
                      hati  untuk  membuat  pelaburan.  Beliau  perlu
                       mengambil  kira  faktor  keamanan  sesebuah
                       negara sebelum membuat keputusan.


                                                    Jika kamu Encik Laurent, mahukah kamu
                                                    melabur di Malaysia? Berikan alasan.
                               Aktiviti
                                  Membuat keputusan dan memberikan alasan yang sesuai.



                                  Murid membaca dan memahami maklumat yang tersirat.
                 84
                         2.4.3
                                PK: Nilai Murni – Kesyukuran                Ilmu – Ekonomi
                                Strategi P & P: KB – Menganalisis           BCB – Bacaan intensif
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114