Page 122 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 122

Mengujarkan Cerita









                         Ruben  melontarkan  pandangannya  ke  luar  jendela.  Lambaian
                         daun kelapa diperhatikan menerusi lirikan matanya.
                              “Ruben‚  apakah  yang  sedang  bermain  dalam  benakmu?”
                         tanya Ibu Ruben sambil mengukir sekuntum senyuman. Ruben
                         pun terkejut. Pertanyaan ibunya mengganggu lamunannya.
                              “Saya teringat akan kata-kata Cikgu Syafik semasa menyertai
                         Bengkel Bahasa Melayu tempoh hari‚” jelas Ruben.
                              “Kita  janganlah  cepat  menuding  jari  kepada  sesiapa  jika
                         bahasa Melayu dipinggirkan. Kita sendiri yang enggan dan malu
                         untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta bahasa
                         yang bertamadun tinggi‚” sambung Ruben dengan bersemangat
                         laksana Hang Tuah menentang musuh di medan tempur.
                              “Itulah kata-kata daripada Cikgu Syafik, ibu,” tegas Ruben.
                              Sejak hari itu‚ anggota keluarga Ruben menggunakan bahasa
                         Melayu  lebih  kerap.  Ruben  juga  telah  memupuk  kesedaran
                         tentang pentingnya bahasa Melayu kepada adik-adiknya.
                              Kini,  Ruben  dan  keluarganya  berbesar  hati  kerana  dapat
                         bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasihnya. Mereka berjaya
                         menyemai perasaan cinta akan bahasa Melayu dalam keluarga
                         mereka.
                              “Ibu amat bangga kerana kamu mempunyai jati diri terhadap
                         bahasa kebangsaan kita‚” kata ibu Ruben.
















                           Aktiviti
                              Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah.



                              Murid membaca petikan untuk memahami maklumat.
                                                                                                          93
                     4.2.1
                            PK: Nilai Murni – Patriotisme              Ilmu – Pendidikan Moral
                            Strategi P & P KB – Mensintesis            KP – Verbal-linguistik
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127