Page 126 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 126

Menulis



                                         Jeneral Tan Sri Rodzali bin Daud


                                                         Siapakah Jeneral Tan Sri Rodzali bin Daud?
                                                         Pada usia 18 tahun‚ beliau sudah menjadi
                                                         juruterbang dengan pangkat leftenan muda.
                                                         Ketika itu‚ beliau sebenarnya masih tidak
                                                         tahu  memandu  kereta.  Beliau  sentiasa
                                                         menjalankan tugasnya dengan penuh rasa
                                                         tanggungjawab  demi  negara.  Kehebatan
                                                         luar biasa beliau semasa mengendalikan
                                                         pesawat  diperakukan  oleh  pihak  Tentera
                                                          dara Diraja Malaysia (T DM).
                                                             Semasa  beliau  menjadi  panglima
                                                         T DM‚ banyak misi yang telah diselesaikan
                         oleh beliau contohnya, peristiwa konflik pemberontakan di negara Mesir
                         pada Februari 2011. Ketika itu banyak warga Malaysia termasuk pelajar
                         terkandas di sana. Seluruh rakyat Malaysia amat risau akan keselamatan
                         mereka.
                              Lantaran itu‚ Jeneral Tan Sri Rodzali bin Daud telah melancarkan
                         Ops Piramid. Beliau berjaya membawa pulang rakyat Malaysia dengan
                         menggunakan  kapal  terbang  T DM.  Kejayaan  ini  disambut  dengan
                         penuh kesyukuran.
                              Seterusnya,  sewaktu  peristiwa  pencerobohan  di  Lahad  Datu
                         pada  Februari  2013,  beliau  telah  memimpin  pasukan  T DM  mengusir
                         penceroboh dengan menggunakan jet pejuang. Hasil kerjasama T DM
                         dengan  pasukan  keselamatan  dan  agensi  penguat  kuasa  yang  lain,
                         penceroboh negara akhirnya berjaya diusir.
                              Pada  tahun  2014‚  anak  jati  Besut‚  Terengganu  ini  telah  bersara
                         setelah  berkhidmat  selama  41  tahun.  Kini‚  anak  didiknya  dalam
                         T DM  masih  meneruskan  misi  mengawal  angkasa  raya  kita  untuk
                         mempertahankan kedaulatan negara.

                                               Sumber: Diubah suai daripada Utusan Malaysia, 10 September 2014

                           Aktiviti
                              Menulis teks secara imlak dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.



                              Murid membaca dan mengenal pasti ejaan dan tanda baca.
                                                                                                          97
                     3.4.2
                            PK: Nilai Murni – Bertanggungjawab         Ilmu – Sejarah
                            Strategi P & P: KB – Mengecam              Pembelajaran Kontekstual
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131