Page 30 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 30
Mengujarkan Cerita
Rahsia Sarapan
Sayup-sayup kedengaran kokokan ayam. Dengan wajah yang ceria, Izuni
bingkas daripada tidurnya. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, dia
menuju ke dapur. Dia lantas mendapatkan ibunya yang tersayang.
“Ibu, apakah sarapan kita hari ini?” tanya Izuni sambil mencium pipi
ibunya. Izuni menarik kerusi kayu jati di ruang tamu rumahnya. Dengan
sopannya, Izuni duduk di sisi ibunya.
“Ibu menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak tunggal ibu.
Inilah kek pisang yang kamu suka,” jawab ibu Izuni.
“Wah, sedapnya kek pisang hasil air tangan ibu!” ujar Izuni.
“Pisang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat itu akan
merangsang paras glukos dan mikronutrien di dalam otak kamu. Pisang
dapat menjadikan otak kamu bergeliga dan bijak seperti pendeta. Pisang
juga memberikan kesan yang positif kepada otak agar kita lebih fokus dan
peka terhadap pelajaran,” jelas ibu Izuni, seorang pakar pemakanan.
“Sedapnya susu ini,” kata Izuni selepas menghirup susu yang suam-suam
kuku.
“Susu mengandungi kalsium, magnesium dan potasium. Susu juga
dapat meningkatkan memori dan fungsi kognitif kamu. Itulah sebabnya ibu
menghidangkan susu kepada kamu,” jelas ibu Izuni.
Inilah rahsia kamu selalu cemerlang dalam peperiksaan,
peperiksaan
cemerlang
kamu
selalu
dalam
rahsia
Inilah
“Inilah rahsia kamu selalu cemerlang dalam peperiksaan, iaitu sentiasa
bersarapan,” ujar ibu Izuni sambil tersenyum lebar.
ibu
pemakanan
ibu
berat
kerana
kerana
mengambil
tentang
mengambil
pemakanan
berat
tentang
“Terima kasih, ibu kerana mengambil berat tentang pemakanan
balas Izuni sambil memeluk ibu dengan eratnya.
balas Izuni sambil memeluk ibu dengan eratnya.
saya,” balas Izuni sambil memeluk ibu dengan eratnya.
balas Izuni sambil memeluk ibu dengan eratnya.
balas Izuni sambil memeluk ibu dengan eratnya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Aktiviti
Mengujarkan cerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Murid membaca dan memahami cerita serta mengecam bahasa yang indah.
21
4.2.1
PK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Mengecam KP – Verbal-linguistik

