Page 28 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 28

Membaca






                                            Minda dan Emosi yang Sihat


                      Selamat pagi warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kupang. Saya akan
                      menyampaikan ceramah yang bertajuk “Minda Sihat Emosi Stabil Tindakan
                      Tepat”.
                          Apakah  minda  dan  emosi?  Minda  ialah  keupayaan  otak  kita  untuk
                      berfikir‚ mengawal pergerakan‚ mentafsir maklumat seperti bau‚ dengar
                      dan rasa. Emosi pula ialah perasaan. Apakah faedahnya jika minda sihat
                      dan emosi stabil?
                      Hadirin yang saya muliakan‚
                      Minda dan emosi yang sihat membantu kita membuat pertimbangan yang
                      positif. Oleh itu‚ kesilapan semasa membuat keputusan tidak akan berlaku.
                          Selain  itu‚  kita  tidak  akan  cepat  berasa  marah  jika  emosi  dapat
                      dikawal. Lantaran itu‚ perhubungan dengan rakan-rakan akan sentiasa
                      mesra.
                          Individu yang mempunyai minda yang sihat juga dapat menghadapi
                      sesuatu musibah dengan tenangnya. Kita mampu mengawal perasaan
                      sedih supaya tidak berpanjangan.
                          Di samping itu‚ perasaan takut dapat dihindari semasa menghadapi
                      tekanan.  Kita  berasa  selesa  dan  yakin.  Contohnya‚  kita  tidak  akan
                      mendiamkan diri semasa perbincangan di dalam kelas.
                          Akhir  sekali‚  kita  dapat  tidur  dengan  nyenyaknya.  Kita  tidak  akan
                      mengantuk semasa menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu‚
                      prestasi pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah kita sentiasa cemerlang.
                          Saya  berharap  agar  semua  murid  mendapat  manfaat  daripada
                      ceramah yang saya sampaikan ini.
                          Kesimpulannya, jika minda sihat dan emosi kita stabil, kita         .

                      Sekian‚ terima kasih.






                           Aktiviti
                              Membuat ulasan berdasarkan teks dengan tepatnya.



                              Murid mengenal pasti maklumat tersurat dan tersirat.
                                                                                                          19
                     2.4.1
                            PK: Nilai Murni – Kebersihan mental        Ilmu – Pendidikan Kesihatan
                            Strategi P & P: KB – Mensintesis           Pembelajaran Konstruktivisme
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33