Page 33 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 33

Membaca


                                                  Kenali Kemurungan




                          Kenali Kemurungan

                  Kadangkala, kita terlihat orang bercakap seorang diri di tempat-tempat awam.
                  Mereka  ini  mungkin  mengalami  masalah  gangguan  mental.  Banyak  punca
                  yang  menyebabkan  gangguan  mental  ini  boleh  berlaku  kepada  seseorang.
                  Antara puncanya termasuklah kemurungan.
                       Kemurungan atau depression merupakan suatu penyakit psikologi yang
                  melibatkan  tekanan  perasaan  yang  serius.  Penyakit  ini  sukar  diketahui  oleh
                  orang  ramai  semasa  pesakit  menghadapinya.  Mereka  masih  dapat  bergaul
                  dengan anggota masyarakat seperti biasa.
                       Pesakit kemurungan mudah merasai kesedihan dan kepiluan yang amat
                  teruk walaupun perkara itu tidaklah membimbangkan. Pesakit akan menangis
                  jika  memikirkan  sesuatu  masalah  dalam  kehidupannya.  Kesannya,  pesakit
                  akan menyendiri.
                       Seterusnya, pesakit mudah kecewa. Pesakit sukar berasa gembira walaupun
                  mendapat  berita  yang  menggembirakan.  Pesakit  akan  putus  harapan  dan
                  hilang semangat dalam kehidupan seharian.
                       Selain  itu,  pesakit  berasa  bahawa  kehidupan  mereka  sunyi  dan
                  kosong.  Mereka  tidak  suka  diganggu  oleh  kawan-kawan  atau  orang  lain.
                  Mereka  akan  berusaha  untuk  menyisihkan  diri  mereka  dan  menjadi  seperti
                  kera sumbang.
                       Akhirnya,  kemurungan  yang  berlarutan  dapat  memberikan  implikasi
                  yang buruk. Kemurungan ini akan mengganggu kesihatan emosi dan mental,
                  malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu.
                       Oleh itu, rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi atau kaunseling perlu
                  diberikan kepada mereka yang terlibat.




                  Damrong, sebagai rumusannya‚ tanda-tanda
                  kemurungan     . Bantuan khidmat kaunseling perlu
                  diberikan kepada pesakit kemurungan kerana     .


                              Aktiviti
                                 Membuat rumusan berdasarkan teks.



                                  Murid membaca dan mengenal pasti maklumat yang tersurat dan tersirat.
                 24
                         2.4.2
                                PK: Nilai Murni – Kebersihan mental         Ilmu – Pendidikan Kesihatan
                                Strategi P & P: KB – Mengitlak              Pembelajaran Konstruktivisme
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38