Page 48 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 48
Membaca
Mentor Prihatin, Menti Cemerlang
Sejak tahun lepas, Sekolah Kebangsaan Taman Kencana telah melaksanakan
pelbagai inisiatif seperti yang disarankan dalam Program Sarana Sekolah dan
Sarana Ibu Bapa. Antara program yang dijalankan termasuklah Program
Mentor Menti.
Dalam program ini, ibu bapa akan menjadi mentor kepada murid tahun
enam yang menjadi menti. Setiap mentor akan membimbing lima orang menti
mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing. Mentor akan berjumpa
dengan menti pada setiap hujung minggu. Mereka akan berbincang tentang
pelbagai perkara, khususnya masalah pembelajaran.
Menerusi program ini, pihak sekolah berharap agar masalah pembelajaran
murid dapat diatasi. Selain itu, murid dapat dibimbing untuk menjadi insan yang
cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Keberkesanan program ini telah terbukti apabila sebanyak 150 orang
murid Sekolah Kebangsaan Taman Kencana mencatat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan. Menurut Encik Shahrum bin
Ishak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Kencana, kejayaan itu dicapai
atas hasil usaha pihak guru dan
ibu bapa. Program Mentor Menti peserta
yang dijalankan di sekolah itu tujuan aktiviti
terbukti amat berkesan.
Beliau berharap agar pelibatan Program
Mentor Menti
ibu bapa dalam program sarana
dapat diteruskan dan ditingkatkan. kesan cara pelaksanaan
Amalan ini ternyata bermanfaat
demi kecemerlangan murid.
Maklumat !
Mentor – orang yang mempunyai
pengalaman untuk memberikan
bimbingan kepada mereka yang
memerlukan. Perbincangan mentor menti
Menti – orang yang dibimbing.
Perbincangan mentor menti 1. Peserta perlu
Perbincangan mentor menti
Aktiviti
Memindahkan maklumat dalam bentuk grafik.
Murid membaca, memahami dan menyusun maklumat.
39
2.5.1
PK: Nilai Murni – Muafakat Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental BCB – Bacaan intensif

