Page 43 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 43

PENILAIAN 1


                    B)  Baca petikan dan poster, kemudian jawab pernyataan yang diberikan.

                    Cikgu Syahmi bertugas di Sekolah Jenis
                    Kebangsaan  Tamil  Kuala  Ketil.  Beliau
                    menjadi guru Bimbingan dan Kaunseling
                    di sekolah itu.
                        Cikgu Syahmi sangat berdedikasi dan
                    beretika semasa menjalankan tugasnya.
                    Oleh itu‚ Cikgu Syahmi akan memberikan
                    bantuan kepada muridnya tanpa mengira
                    akan latar belakang‚ kaum‚ agama atau
                    kepercayaan.
                         ntuk membina keyakinan diri dalam
                    kalangan murid di sekolah tidaklah mudah.
                    Oleh hal yang demikian‚ beliau mengadakan
                    pelbagai program untuk membantu murid
                    agar  menyedari  kelemahan  diri.  Beliau
                    juga memberikan fokus kepada kekuatan
                    dan kelebihan muridnya. Kesannya‚ semua murid di sekolah itu mempunyai
                    keyakinan diri yang tinggi.
                       Di samping itu‚ Cikgu Syahmi selalu memanggil murid yang keliru dan kurang
                    tumpuan semasa belajar untuk mendengar penjelasan mereka. Selepas itu‚ beliau
                    membantu murid itu agar dapat memilih dan merancang tujuan belajar secara
                    berkesan.  Natijahnya‚  murid  akan  berasa  selesa  semasa  sesi  pembelajaran
                    kerana mengetahui matlamat pembelajaran mereka.
                       Dengan  kriteria  dan  perwatakan  yang  baik  itu‚  Cikgu  Syahmi  disukai  oleh
                    muridnya. Tambahan pula‚ beliau pandai melayan kerenah mereka. Oleh itu‚
                    muridnya tidak segan silu apabila berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan
                    nasihat jika ada sesuatu masalah.



                     1.  Pada pendapat kamu‚ mengapakah poster itu ditampal pada pintu bilik
                        Bimbingan dan Kaunseling?
                      2.  Nyatakan dan huraikan cara untuk membina keyakinan diri semula
                        apabila kita gagal dalam sesuatu tindakan.
                      3.  Berikan rumusan kamu tentang kepentingan guru Bimbingan dan
                        Kaunseling di sekolah.
                      4.  Nyatakan kriteria yang perlu ada pada guru Bimbingan dan Kaunseling.






                 34
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48