Page 50 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 50

Mengujarkan Dialog

                                             Teater “Menara Tanggang”

                    Pihak ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Taman Kencana telah berganding
                    bahu  melatih  murid-murid  menjayakan  pementasan  teater  yang  bertajuk
                    “Menara Tanggang”.

                   Babak 1
                    Suara latar      Si  Tanggang  sudah  bulat  hati.  Dia  mahu  berhijrah  ke  kota  untuk
                                     menggapai impiannya.
                    Tanggang        : Ibu,  izinkanlah  Tanggang  membawa  diri  ke  kota.  Tanggang  mahu
                                     mengubah hidup kita yang seperti “kais pagi makan pagi, kais petang
                                     makan  petang”.  Tanggang  berjanji,  selagi  hayat  dikandung  badan,
                                     Tanggang tidak akan melupakan ibu.
                    Ibu Tanggang  : (Mengesat air mata) Pergilah, Tanggang. Walaupun hati ibu bagai dihiris
                                     dengan sembilu, ibu merestuimu. Cuma satu pesan ibu, jagalah dirimu
                                     baik-baik semasa berada di tempat orang. Ingatlah Tanggang kata
                                     orang tua-tua, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.


                   Babak 2
                    Suara latar      Di tengah kota raya, Tanggang memerah keringat tanpa mengenal
                                     erti putus asa. Berkat usahanya, rezeki Tanggang melimpah-ruah.
                    Kesan bunyi      Bunyi jentera dan mesin.
                    Rakan Tanggang : Tahniah, Tanggang! Projek kamu mendapat keuntungan yang besar.
                    Tanggang        : (Menadah tangan) Syukurlah. Namun, masih ada impian saya yang
                                     belum terlaksana.

                   Babak 3
                    Suara latar      Beberapa tahun kemudian, Tanggang pulang ke kampung. Bagai bulan
                                     jatuh ke riba, kepulangan Tanggang disambut oleh ibunya dengan air
                                     mata gembira. Dia pulang untuk membawa ibunya ke kota.
                    Ibu Tanggang   : Apakah yang mahu kamu tunjukkan kepada ibu?
                    Tanggang        : Lihatlah  di  depan  mata  ibu.  Itulah  Menara  Tanggang,  lambang
                                     kejayaan Tanggang. Walaupun sudah berjaya, Tanggang tidak lupa
                                     daratan. Menara itu Tanggang bina untuk kegunaan dan kebajikan
                                     orang ramai.
                    Ibu Tanggang   : Syukurlah, Tanggang.

                          Aktiviti
                             Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.



                              Murid berlakon berdasarkan skrip drama.
                                                                                                          41
                     4.3.1
                            PK: Nilai Murni – Kasih sayang             Ilmu – Kemasyarakatan
                            Strategi P & P: KB – Menjanakan idea       KP – Kinestetik
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55