Page 54 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 54
Menulis
Dahulu dan Sekarang
Encik Zakaria memberhentikan keretanya di luar pagar sekolah. Sejurus
kemudian, beliau dan rakan lamanya, iaitu Encik Kiran, keluar dari kereta.
Di hadapan mereka tersergam sebuah bangunan besar. Kira-kira 30 tahun
yang lalu, di situlah mereka menimba ilmu.
Encik Zakaria dan Encik Kiran merupakan anggota Kelab Alumni Sekolah
Taman Kencana. Mereka sering memberikan sumbangan dalam bentuk
kewangan kepada pihak sekolah. Namun begitu, sudah lama mereka tidak
menjejakkan kaki di sekolah itu.
“Banyak yang sudah berubah di sini. Sumbangan kita nampaknya
membawa manfaat yang besar kepada pihak sekolah. Saya rasa kita
perlu meningkatkan sumbangan agar lebih banyak pembangunan dapat
dilaksanakan,” kata Encik Kiran dengan bersemangat.
“Benar, Kiran,” balas Encik Zakaria.
Fikirannya mula melayang jauh. Kenangan
silam sewaktu zaman persekolahan menerpa
dalam ingatan.
Seingat Encik Zakaria, sekolah itu dahulu
kecil sahaja. Dinding bangunannya bercat putih
tanpa hiasan mural yang berwarna-warni.
Tidak banyak kemudahan yang disediakan.
Namun, suasana persekitaran yang bersih, 09100 Kuala Ketil, Kedah
Sekolah Kebangsaan
Taman Kencana
hijau dan tenang masih kekal sama.
Bertuah sungguh murid sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Kencana
ini sekarang. Banyak kemudahan
disediakan untuk keselamatan
dan keselesaan mereka.
Dahulu Sekarang
Aktiviti
Mencatat maklumat dalam peta pemikiran.
Murid memahami dan menganalisis maklumat.
45
3.5.2
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Membandingbezakan Pembelajaran Kontekstual

