Page 72 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 72
UNIT 1 1 Pastikan Selamat
Mendengar dan Bertutur
Awasi Diri di dalam Feri
Murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Taman Kencana ditugasi untuk
membuat kajian lapangan tentang keselamatan semasa menaiki feri. Amar dan
kawan-kawannya telah pergi ke Pangkalan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang
untuk melaksanakan tugasan itu. Mereka ditemani oleh Cikgu Mazidah.
Setelah menjalankan kajian lapangan, kamu dikehendaki berbincang dan
mengemukakan pendapat dengan berdasarkan pernyataan di bawah:
• Sistem keselamatan feri.
• Ramalkan kejadian yang mungkin berlaku jika pemandu kenderaan tidak
mengikut arahan kru feri.
• Sarankan tindakan yang sesuai untuk mempertingkatkan sistem keselamatan
penumpang dan kenderaan di dalam feri.
Aktiviti
Berbincang dan memberikan pendapat dengan menggunakan ayat
yang gramatis secara bertatasusila.
yang gramatis secara bertatasusila.
Murid menaakul bahan untuk mencari idea yang kritis dan kreatif.
59
1.7.2
PK: Nilai Murni – Mementingkan keselamatan Ilmu – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Strategi P & P: KB – Menganalisis Pembelajaran luar bilik darjah

