Page 73 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 73
Membaca
Peka akan Keselamatan Diri di Pasar
Banyak orang suka pergi ke pasar untuk membeli barang-barang dapur. Mereka
perlu peka akan keselamatan di pasar. Pengunjung harus berhati-hati sewaktu
berada di tempat letak kenderaan, di luar dan di dalam kawasan pasar.
Antara tempat yang perlu diberikan perhatian oleh pengunjung pasar
ialah tempat letak kenderaan. Sikap cuai pengunjung yang tidak mengunci
kenderaan akan mengundang bahaya. Pencuri mudah mengambil kesempatan
di tempat yang sibuk.
Seterusnya, peniaga selalunya memasang payung untuk melindungi diri
dan barang-barang daripada cuaca panas. Kadangkala, kaki payung itu akan
mendatangkan bahaya. Ada pengunjung yang tersepak kaki payung lalu
tercedera. Oleh sebab itu, pengunjung perlulah berhati-hati semasa berjalan.
Selain itu, tempat jualan sayur dan ikan selalunya basah dan lembap.
Lantai yang licin itu akan menyebabkan orang ramai tergelincir jika tidak
berhati-hati. Oleh hal yang demikian, pengunjung perlulah cermat ketika
berjalan di kawasan ini agar tidak ditimpa kemalangan.
Di samping itu, aspek keselamatan sering tidak diambil peduli oleh
pengunjung semasa melalui gerai ayam dan daging. Penjualnya selalu
menggunakan alatan yang tajam seperti pisau, parang dan kapak. Pengunjung
pasar perlu mengelakkan diri daripada berada terlalu dekat dengan penjual
yang sedang memotong ayam atau daging. Pengunjung perlu berhati-hati
demi keselamatan masing-masing.
Kesimpulannya, orang
ramai perlulah peka akan
keselamatan di pasar agar
sentiasa selamat. Kita perlulah Adakah anda Awas!
telah mengunci Penyeluk Saku
mengutamakan keselamatan kenderaan anda? Lantai licin.
Berhati-hati
diri di pasar kerana malang
tidak berbau.
Aktiviti
Menghasilkan idea baharu tentang aspek keselamatan.
Murid membaca teks untuk memahami maklumat.
60
2.6.2
PK: Nilai Murni – Berhati-hati Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Mereka cipta BCB – Bacaan imbasan dan luncuran

