Page 53 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 53
Modul PdPR Tingkatan 1 Geografi
LAMPIRAN: NOTA PANDUAN KEPADA PELAJAR
Bab 5 Bumi
Sistem fizikal bumi
● Sistem fizikal bumi terdiri daripada 4 komponen iaitu:-
✔ Atmosfera – udara
✔ Hidrosfera – Air
✔ Litosfera – Kerak bumi/ tanih
✔ Biosfera – Benda hidup
● Setiap komponen di bumi saling melengkapi di antara satu sama lain
Atmosfera
● Atmosfera adalah ruang udara yang meliputi permukaan bumi
● Kepentingan atmosfera ialah
o membekalkan gas oksigen utk benda hidup
o mengawal suhu persekitaran bumi
o perubahan iklim dan cuaca di bumi
o penting untuk telekomunikasi – seperti satelit
o pengangkutan – seperti penerbangan udara
Hidrosfera
⚫ Hidrosfera mewakili kawasan yang berair seperti laut, tasik, sungai dan air bawah tanah
⚫ Hidrosfera penting untuk
- Sumber minuman
- Sumber hidroelektrik
- Jalan pengangkutan
- Sumber protein
- Habitat hidupan akuatik
Litosfera
⚫ Litosfera mewakili kerak bumi iaitu tanih dan batuan
⚫ Litosfera penting untuk
- habitat/ tempat tinggal manusia, flora serta fauna
- Kawasan pertanian
- Kawasan perlombongan
Biosfera
● Biosfera mewakili kehidupan di bumi. Biosfera termasuklah manusia, flora dan fauna
● Biosfera memerlukan ketiga-tiga komponen bumi yang lain untuk hidup.
● Sebagai contoh, manusia memerlukan udara, air dan tanih untuk bernafas, minum dan
mendirikan tempat tinggal.
53

