Page 56 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 56
Modul PdPR Tingkatan 1 Geografi
Hanyutan benua
Gunung lipat
▪ Gunung lipat terjadi akibat proses pertembungan plat
▪ Apabila pertembungan ini berlaku, kerak bumi akan mengalami mampatan dan akan
menyebabkan terbentuknya gunung lipat
Gunung bongkah
▪ Gunung ini terbentuk kerana pergerakan bumi akibat proses gelinciran atau sesaran
▪ Proses gelinciran ini terjadi apabila plat bumi meregang atau dimampatkan oleh plat
bumi yang lain
Gunung berapi
▪ Gunung berapi adalah bentuk muka bumi yang terbentuk akibat proses pergerakan plat
▪ Plat yang menjunam masuk ke mantel akan mengakibatkan pengumpulan gas dan
batuan yang panas
▪ Apabila tekanan tinggi terjadi, gas dan cecair magma akan keluar di permukaan bumi
dan menyebabkan gunung berapi terbentuk
▪ Proses ini biasanya terjadi di jalur plat yang bertembung contohnya di Lingkaran api
pasifik
Gempa bumi
▪ Gegaran yg berlaku di lapisan kerak bumi apabila berlakunya pergerakan pertembungan
atau pencapahan plat tektonik
▪ Gempa bumi menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan harta benda.
▪ Gempa bumi yang kuat boleh mencetuskan tsunami
▪ Contohnya kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004
56

