Page 55 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 55
Modul PdPR Tingkatan 1 Geografi
Benua
● Benua ialah kawasan daratan yang sangat luas
● Terdapat 7 benua di dunia iaitu
Benua Asia
Benua Afrika
Benua Eropah
Benua Australia
Benua Amerika Utara
Benua Amerika Selatan
Benua Antartika
● Benua yang paling luas ialah benua asia. Ianya meliputi banyak negara. Negara
Malaysia juga terletak di benua Asia
● Benua eropah adalah gabungan banyak negara-negara yang mempunyai keluasan yang
kecil. Contoh negara di benua ini adalah England, Sepanyol, Belanda, Itali dan lain-lain
● Benua australia hanya terdiri daripada beberapa buah negara sahaja.
● Manakala benua antartika kebanyakannya diliputi salji sepanjang tahun kerana berada
di kutub selatan
Lautan
● Terdapat 5 lautan di dunia iaitu
Lautan Pasifik
Lautan Atlantik
Lautan Hindi
Lautan Artik
Lautan Selatan
Kesan Pergerakan bumi
▪ Bumi dibahagikan kepada beberapa kepingan plat
▪ Lapisan plat ini seolah-olah terapung di atas mantel
▪ Arus perolakan di mantel menyebabkan kepingan plat bumi sentiasa bergerak
▪ Pergerakan plat melibatkan pertembungan atau pencapahan
55

