Page 111 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 111

Pembelajaran 2

                 Nilai            Kerajinan

                 Standard         11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
                 Kandungan

                 Standard         11.2 Menjelaskan cara bersikap rajin dalam hidup berjiran.
                 Pembelajaran

                                  1.  Murid dapat membezakan sekurang-kurangnya tiga cara
                 Objektif
                 Pembelajaran         bersikap rajin dan malas dalam hidup berjiran secara
                                      bertulis.
                 Standard         Tahap Penguasaan 2
                 Prestasi         Menerangkan cara bersikap rajin dalam hidup berjiran.

                 Jangka masa      30 minit
                 pelaksanaan



               Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                       1.  Bersoal  jawab  dengan  murid  tentang  cara  bersikap  rajin  dalam  hidup

                          berjiran.
                                 •  Adakah menolong jiran menyiram pokok bunga tanpa disuruh

                                     itu boleh dianggap sebagai rajin?
                                 •  Adakah  membersihkan  halaman  rumah  jiran  apabila  diminta
                                     dan dibayar dengan upah itu boleh dianggap sebagai rajin?


                       2.  Justifikasi / penerangan berdasarkan sesi soal jawab.

                                 •  Perbuatan menolong jiran menyiram pokok bunga tanpa disuruh
                                     adalah  salah  satu  contoh  cara  bersikap  rajin  dalam  hidup
                                     berjiran.

                                 •  Minta  murid  untuk  ulang  semula  ayat  “Cara  bersikap  rajin
                                     dalam  hidup  berjiran  ialah  menolong  jiran  menyiram  pokok

                                     bunga tanpa disuruh”.
                                 •  Perbuatan membersihkan halaman rumah jiran apabila diminta

                                     dan  dibayar  dengan  upah  juga  merupakan  salah  satu  contoh
                                     cara bersikap rajin dalam hidup berjiran. Hal ini kerana murid
                                     masih melakukan tingkah laku membantu jiran. Namun begitu,







                                                                                                      111
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116