Page 113 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 113
Latihan Pentaksiran 2
Nyatakan sama ada sikap dalam ayat yang dibaca ialah RAJIN atau MALAS. Ulang
semula ayat yang dibaca dan kemudian nyatakan jawapan kamu secara lisan. Satu
jawapan yang betul akan mendapat satu skor. Tuliskan skor ‘1’ sekiranya jawapan
murid betul, dan skor ‘0’ sekiranya jawapan murid kurang tepat.
Penduduk di situ memotong beberapa dahan yang menghalang
laluan pejalan kaki.
Tiada sesiapa yang membantu menjayakan kempen yang dianjurkan oleh
persatuan penduduk di situ.
Jiran tetangga menceriakan kawasan kejiranan mereka dengan mengecat
pagar-pagar rumah mereka sendiri.
Samad duduk tanpa membantu jiran-jiran lain semasa majlis sambutan
Hari Raya bagi kawasan kejiranan mereka.
Walaupun Chong dan Gopi merupakan rakan sekelas dan tinggal
berdekatan, mereka jarang mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Beberapa orang jiran Samad mengemas dewan selepas mereka
bermesyuarat petang tadi.
6
113

